Ramai yang mungkin macam situasi begini. Nak berniaga tapi tiada kedai dan modal. Untuk berniaga nih yang penting sekali mesti ada MODAL. Tak kira modal bleh jadi besar ataupun kecil. Yang penting niat nak berniaga tuh. Ok, saya dah ada modal nak mula mcm mana pula??
Bila dah ada modal, anda boleh mulakan dengan membeli produk-produk yang anda nak jual tuh. Anda boleh menjual produk-produk dari MLM contohnya ataupun jual jek perfumes One Drop nih
. Beli secara pukal atau banyak, then anda pasti dapat diskaun ataupun harga dealer. Lepas tuh jual dengan harga pasaran. Nak menjual tidak semestinya perlu ada kedai atas tanah. Sekiranya anda ada internet dirumah, jangan lepaskan peluang menjual diinternet. Tahukah anda, bahawa rakyat MALAYSIA mempunyai penduduknya seramai 4 JUTA!!.. Maka rugi sekiranya anda hanya membayar bil internet sahaja setiap bulan tanpa mendapat faedah yang maksima dari penggunaan internet.
Kalau anda jual secara offline, terhad kepada rakan-rakan anda sahaja. Contohnya mereka membeli One Drop Perfumes anda satu kotak. Jadi, sampai bila 1 kotak tuh nak habis dan akan membeli semula dari anda? Kalu anda jual secara internet, setiap hari pasti ada sahaja pembeli baru yang datang membeli dari anda. Mana lebih bagus??
Untuk permulaan yang baik, anda boleh berniaga secara menggunakan forum, blog atau sewa tapak online shop di lelong.com.my. JANGAN BUAT WEBSITE sekiranya anda masih masih baru!! Buat website anda memerlukan pengetahuan nak edit guna html kod dan sebagainya dan anda nak kena promote url website anda sendiri serta anda terpaksa membayar kos kepada pihak ketiga untuk buat website. So, fikir-fikirlah yang mana terbaik bagi anda mengikut kemampuan anda.

























0 Responses
Stay in touch with the conversation, subscribe to the RSS feed for comments on this post.
You must be logged in to post a comment.