Kawan saya pernah bertanya kepada saya bagaimana untuk membasuh lingerienya. Dia bertanya pun setelah dia basuh lingerienya dengan mesin basuh..hancuss..hehehe..:)Mungkin ramai yag dah tahu dan mungkin ramai juga yang tidak tahu bagaimana untuk membasuh lingerienya..Untuk pengetahuan anda lingerie TIDAK BOLEH dibasuh dengan mesin basuh. Ini adalah kerana ianya akan merosakkan Lingerie itu sendiri. Dan juga Lingerie TIDAK BOLEH anda gunakan Spin bagi mesin basuh separa automatik Lingerie perlu dibasuh dengan tangan. Cara membasuhnya amat mudah, anda boleh sediakan baldi yang ada air dan masukkan sedikit pelembut kain, contohnya Softlan atau lain-lain bahan pelembut kain. Kemudian celupkan lingerie anda itu ke dalam baldi yang sudah dicampurkan dengan Softlan. Anda juga boleh menonyoh-nonyoh lingerie anda itu dengan menggunakan kuasa tangan sahaja kemudian celup semula. Untuk menjemurnya, anda boleh perah lingerie itu juga menggunakan kuasa tangan..jangan guna SPIN pulak. Jemurnya biasalah terselindung dari pandangan mata orang sebelah (jiran) tapi boleh kering..:). Se elokknya setelah kering, lipat dan simpan di dalam laci pakaian anda. Kalau boleh elakkan dari gantung menggunakan hanger kerana dipercayai boleh merosakkannya juga. Ok itu sahaja yang boleh saya kongsikan bersama anda.

























0 Responses
Stay in touch with the conversation, subscribe to the RSS feed for comments on this post.
You must be logged in to post a comment.