Skip to content


Akhirnya Lega jugaa…

Akhirnya lega juga semua stok lingerie yang baru telah pun selamat sampai..so dealing ngan pemborong dari luar negara nih kengkadang tuh risau juga..kena lah pilih yang betul-betul boleh dipercayai. Nak kena tengok feedback2 dari pembelinya yang lepas-lepas. Salah pilih habis lah duit kita.

Dah selesai ngan pemborong risau pulak tentang shipmentnya. Adalah makan masa 2-3 hari juga baru dapat track melalui EMS. Bila dah dapat track, risau pulak tentang kastam kita. Ntah lepas ker atau tidak. Baru lah tahu prosedurnya bagaimana barang kita sesudah sampai di Malaysia. Kastam akan chek dulu, kalu tak lepas, pihak kastam akan mengeluarkan surat kepada kita untuk menjelaskan duti atau cukai. Kalu dah lepas pemeriksaan kastam, barang kita akan diberikan kepada Pos Malaysia untuk disampaikan kepada kita. Selalunya perkhidmatan POS LAJU akan digunakan. Kita boleh juga berhubung dengan POS Malaysia tentang barang kita tuh setelah memasuki MALAYSIA. Untuk mengetahui statusnya dah lepas ker belum dari kastam. Barang bila dah sampai ke tangan , baru akhirnya lega juga laaaa.. :) .


Posted in Dari Meja.

0 Responses

Stay in touch with the conversation, subscribe to the RSS feed for comments on this post.

You must be logged in to post a comment.